About Me

CAHAYACINTARABBI... tempat merepek... juga perkongsian harap yang bermanfaat tuh leh di sebar2kan ye:)

Followers

Sunday, June 26, 2011

Kepada mereka yang sedang demam....

assalamualaikum wbt kepada semue:)

sehat x?hopefully semuenya dalam keadaan baik belake ye...kalu sakit mkan ubt,,kalu sakit ati?aten x da ubat..hihi

perkongsian hari ni aten nak tujukan pada mereka yang sedang demam...

alkisah:

kamu semue knl pada ABU TUFAIL?

KALU X KENAL MAI CNI KITE KENAL SAME2:)

untuk pengetahuan kamu2 semue...abu tufail adalah antara sahabat RASULULLAH SA.W

dalam riwayat hidupnya, beliau pernah bertanya kepada nabi tentang penyakit yang menimpa beliau

BAGINDA BERSABDA:



lalu beliau telah memohon kepada ALLAH agar ditimpakan demam yang berpanjangan sehingga beliau kembali kepada ALLAH TAALA.


ape yang aten nak sampaikan kat cni ialah mungkin ade yang menyangka SAKIT itu adalah bala..akan tetapi..bile kite tgk cite kat atas..sakit itu petanda bahawa ALLAH SAYANG KAT KITE..SEBAB DATANG NYA KESAKITAN ITU ADALAH UNTUK MENGHAPUSKAN DOSE2 KITE:)

setuju?:)

artikel ni aten amin dari majalah solusi isu ke 27..bagi yang x pernah bace..jum same2 dapatkan,,,x rugi punyela:)

okla sampai cini dulu ye kengkawan...wsalam:)


Friday, June 24, 2011

Bilamana wanita itu tidak dihormati lagi, maka kenalilah ia dahulu... by cik niqabis:

assalamualaikum wbt 

harap kamu semue sihat sejahtera dan sentiase dlam rahmat ALLH S.W.T:)

UNTUK SEKIAN KALI NYA ATEN NAK SHARE SGT ARTICLE NI KAT KAMU SEMUE...

HARAP KAMU SEMUE DAPAT LUANGKAN DIRI UNTUK MEMBACENYE YE:)

article ni aten jumpe kat blog CIK NIQABIS kenalan baru aten:)


jum bace:)


*Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali.
Juga buat perempuan-perempuan yang masih terluka...

******************



Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau biarkan, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!

Kerana cintanya, engkau mengajaknya melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat.

Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi seorang hamba cinta!!

Jika dia suatu masa dulu, seorang muslimah yang terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau permainkan kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi seorang yang berbeza, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.

Dan, setelah sekian lama engkau bersamanya, engkau masih tidak menjadikan perhubungan kamu menjadi halal. Setelah dia semakin berharap akan cintamu, engkau biarkan dia dalam kebingungan, menanti saat engkau melamarnya. Dan saban hari, engkau biarkan dia dengan tanda tanyanya. Engkau menyatakan engkau masih belum bersedia, tapi mengapa engkau memberi harapan padanya? Mengapa perlu engkau berikan kata-kata manis padanya? Mengapa tidak kau katakan sahaja yang dia bukan siapa-siapa di hatimu? Mengapa tergamak engkau biarkan hatinya terus menderita? Dan setelah itu, apabila merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Dan engkau katakan pada rakan-rakanmu bahawa perempuan itu adalah 'bekas' cintamu.. BEKAS? tergamak engkau mengaibkan perempuan yang telah banyak berkorban untukmu itu.Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan hati seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.

Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat  kembali insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa bencana lagi dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi..Dia kini bangkit kembali, membiarkan kelukaan itu sembuh dengan hadirnya cinta Tuhannya..

Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya..!!





kredit to ukhti niqabis. thanks ukhti ^_^

1st GIVEAWAY:Love Fron INDIA






assalamualaikum semue:)

1st GIVEAWAY:Love Fron INDIA

MENARIK KAN:)MALANGNYE..TGK2 TARIKH TUTUP 23 JUN:(HUAAAA

TP YANG BEST..TGK CNI

TARIKH TUTUP 23 JUN 2011 (waktu Malaysia ye kawan2).tapi mungkin akan dipanjangkan..tengok dulu mcm mane,t saya bg tau=)

(harap2 dilanjutkan ye:()

aten nk mencube jugak....mane taw ade rezekikan

leh ye farahin?:)

aten nak tag




kowg berminat?jum join:)

pici banner kat atas tuh ye:)

wslam..slam sayang dr aten:)



Saturday, June 18, 2011

selamat hari bapa....ABAH:)

Assalamualaikum towards all readers!:)

aten nk ucapkan selamat hari bapa kat abah tersayang

EN.MOHD SALLEH BIN YAACOB

time kaseh abah atas segala kasih sayang yang abah bagi kat kami adik beradik

ape yang abh da buat memg x kan terbalas...tapi insyaALLAH ,..kami akan buat sehabis baiknya jage abah n emak

...doakan kami jadi ank yang SOLEH DAN SOLEHAH...

SYANG ABAH SGT2!MUAH:)

WSLAM...WBT



Wednesday, June 15, 2011

Lucky Draw by Norliza989:)

assalamualaikum semue^_^

aten telah di tag oleh CIK LANA...yang merupekan pemilik belog 


untuk join lucky draw yang dianjurkan oleh PN.NORLIZA...TQ YE:)


untuk pertama kalinye aten join lucky draw...x tawla bertuah ke x..hihih

aten nak tag




kalu kmu semue berminat jon terjah belog PN.NORLIZA taw untuk mklumat selanjutnye:)

PICIT JA BANNER DI ATAS

wslam


Tuesday, June 14, 2011

1ST GIVEAWAY LANA:)

assalamualaikum semue^___~...kenyit sket..hihi

malas cite bnyk deh...arini aten telah di tag oleh cik leen untuk join satu giveaway ni...

sila lihat di bawah:

-
-
-
-
-
-

tdaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!

GIVEAWAY YG DIBUAT OLEH CIK LANA(betul ka cik lana?kalu salah maaf ye lana:)

syarat2nye...anda boleh terjah belog beliau ....ni dia


senang bukan???:)hihi

ok...untuk melayakkan diri aten harus jadi folower lana.....DONE!:)

tampal banner lana



DONE!

ape lagi ye????erm rasenye da...haha..lupa2..kene tag org..jap2 nk pk...erm....aten nak tag



also



ok siap!mudah saje...jum join ramai2 yok^_^

wslm:)

Monday, June 13, 2011

Assalamualaikum semue:)

entry kali ni nk share ngan kengkawan tentang artikel di bawah ni,

aten jumpe entry ni kat fb...seorang sahabat post...jum same2 renungkan:)




Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....3 Minit je, tak lama pun.....:)

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..tak nampak apa cuma dua biji mata dengan membawa mesin gun...lalu salah seorang lelaki tu bertempik 


""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing 
termasuk Pak Imam tu...



Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah..

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... 
""Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang..lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...
""Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..bile time sembahyang raya...
""Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran
""Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia
""Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???Kenapa?gelak tu kan realiti..tapi yg paling lawak sekali..berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?berapa banyak????Wallahualam…Sebarkanlah...

post daripada seorang sahabat ,,,same2 kite renungkan dan selamat beramal:)

Sunday, June 12, 2011

tukar header baru:)

assalamualaikum w.b.t:)

selawat dan salam ke atas junjungan besar NABI MUHAMMAD s.a.w

bersyukur yang tidak terhingga hingga ke saat ini kita diberi peluang untuk menikmati kehidupan:)

lame da x update belog kan...hee...sedang mencari2 ape nk ditulis

untuk entry kali ni...sy nk wat entry khas buat pemilik belog



knp??????

-
-
-
-
-
-

sbb di atas jasa baik beliau mereka design baru untuk header belog ni

terima kasih yang teramat ^_________^

cyg kamu!:)

k till then...wslam:)

Wednesday, June 8, 2011

blog dalam pembaikan:)

Assalamualaikum smue:)

belog ni dalam proses pembaikan semula

maaf di atas sebarang kekurangan...wslam:)