About Me

CAHAYACINTARABBI... tempat merepek... juga perkongsian harap yang bermanfaat tuh leh di sebar2kan ye:)

Followers

Saturday, July 9, 2011

aku..dan elaun....

assalamualaikum semue!!!:)

alhamdulillah....aten mampu tarik nafas lega..

bb telah pun terbayar setelah 3 bulan x bayor akibat kekeringan duit..huhuhu

bolehla aten meneruskan aktiviti berbelog dan menulis entry2 syok sendiri..hahaha

dapat RM 4... UNTUK SATU SEM...memg cabaran,,,kene pandai2 buat bajet..kalu x ujung bulan...makn megi la jawab nye

pempuan kan.....kalu da shopping rambang la mate..huhu..nk2 da nk dekat pose n raye..macm2 nak beli

bajula...tudungla...n so on.......



(aten suke tudung2 gni,,hihi)


abah pun da pesan..pandai2 simpan ten...so abah cadangkan simpan sket kat tabung haji...bernas idea abah tu coz abah taw anak die ni boros la gak..huu

x da la boros sgt...tp kalu da bli...haha...x ya ckpla:)

so nk taw gak ape eh kowang buat bile dapat elaun atau ptptn????bolehla kongsi2 sket..jgn kudukut kawan:)

k la..till then..wslam:)

Friday, July 8, 2011

lame da x menulis....

Assalamualaikum wbt semue:)
aten nk ucapkan terime kasih pada yang sudi folow n singgah blog ni:)

salam perkenalan diucapkan...sayang la kat kamu semue:)
maaf kalu taipan belog ni x setaraf dengn tulisan minda kelas pertama..huhu..

act nk kongsi sket ngan kamu semua

khamis lepas kitowg ada ceramah 'israj  mikraj'

pencermahnye x lain x bukan UST ASRI..dr matrik melake...ceramah beliau memg best...thumbs up!!!

satu perkara  yang paling aten ingt....ustz da ajo kami...besekan kalu orang tanya kita...

kamu semue sehat?rata2 kite jawan ALHAMDULILLAH..full stop..
tp ustaz da ajar kami...
ape kate kite same2 buat pembaharuan lepas ni

kalu orang tanya KAMU SEHAT?

JUM SAME2 JAWAB 

ALHAMDULILLAH..TERIMA KASIH YA ALLAH....I LUV U YA ALLAH

mudahkan?:)jaln malu2 dan segan2:)

jum same2 amalkan...:)wslam:)

Sunday, June 26, 2011

Kepada mereka yang sedang demam....

assalamualaikum wbt kepada semue:)

sehat x?hopefully semuenya dalam keadaan baik belake ye...kalu sakit mkan ubt,,kalu sakit ati?aten x da ubat..hihi

perkongsian hari ni aten nak tujukan pada mereka yang sedang demam...

alkisah:

kamu semue knl pada ABU TUFAIL?

KALU X KENAL MAI CNI KITE KENAL SAME2:)

untuk pengetahuan kamu2 semue...abu tufail adalah antara sahabat RASULULLAH SA.W

dalam riwayat hidupnya, beliau pernah bertanya kepada nabi tentang penyakit yang menimpa beliau

BAGINDA BERSABDA:



lalu beliau telah memohon kepada ALLAH agar ditimpakan demam yang berpanjangan sehingga beliau kembali kepada ALLAH TAALA.


ape yang aten nak sampaikan kat cni ialah mungkin ade yang menyangka SAKIT itu adalah bala..akan tetapi..bile kite tgk cite kat atas..sakit itu petanda bahawa ALLAH SAYANG KAT KITE..SEBAB DATANG NYA KESAKITAN ITU ADALAH UNTUK MENGHAPUSKAN DOSE2 KITE:)

setuju?:)

artikel ni aten amin dari majalah solusi isu ke 27..bagi yang x pernah bace..jum same2 dapatkan,,,x rugi punyela:)

okla sampai cini dulu ye kengkawan...wsalam:)


Friday, June 24, 2011

Bilamana wanita itu tidak dihormati lagi, maka kenalilah ia dahulu... by cik niqabis:

assalamualaikum wbt 

harap kamu semue sihat sejahtera dan sentiase dlam rahmat ALLH S.W.T:)

UNTUK SEKIAN KALI NYA ATEN NAK SHARE SGT ARTICLE NI KAT KAMU SEMUE...

HARAP KAMU SEMUE DAPAT LUANGKAN DIRI UNTUK MEMBACENYE YE:)

article ni aten jumpe kat blog CIK NIQABIS kenalan baru aten:)


jum bace:)


*Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali.
Juga buat perempuan-perempuan yang masih terluka...

******************



Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau biarkan, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!

Kerana cintanya, engkau mengajaknya melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat.

Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi seorang hamba cinta!!

Jika dia suatu masa dulu, seorang muslimah yang terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau permainkan kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi seorang yang berbeza, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.

Dan, setelah sekian lama engkau bersamanya, engkau masih tidak menjadikan perhubungan kamu menjadi halal. Setelah dia semakin berharap akan cintamu, engkau biarkan dia dalam kebingungan, menanti saat engkau melamarnya. Dan saban hari, engkau biarkan dia dengan tanda tanyanya. Engkau menyatakan engkau masih belum bersedia, tapi mengapa engkau memberi harapan padanya? Mengapa perlu engkau berikan kata-kata manis padanya? Mengapa tidak kau katakan sahaja yang dia bukan siapa-siapa di hatimu? Mengapa tergamak engkau biarkan hatinya terus menderita? Dan setelah itu, apabila merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Dan engkau katakan pada rakan-rakanmu bahawa perempuan itu adalah 'bekas' cintamu.. BEKAS? tergamak engkau mengaibkan perempuan yang telah banyak berkorban untukmu itu.Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan hati seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.

Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat  kembali insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa bencana lagi dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi..Dia kini bangkit kembali, membiarkan kelukaan itu sembuh dengan hadirnya cinta Tuhannya..

Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya..!!





kredit to ukhti niqabis. thanks ukhti ^_^

1st GIVEAWAY:Love Fron INDIA






assalamualaikum semue:)

1st GIVEAWAY:Love Fron INDIA

MENARIK KAN:)MALANGNYE..TGK2 TARIKH TUTUP 23 JUN:(HUAAAA

TP YANG BEST..TGK CNI

TARIKH TUTUP 23 JUN 2011 (waktu Malaysia ye kawan2).tapi mungkin akan dipanjangkan..tengok dulu mcm mane,t saya bg tau=)

(harap2 dilanjutkan ye:()

aten nk mencube jugak....mane taw ade rezekikan

leh ye farahin?:)

aten nak tag




kowg berminat?jum join:)

pici banner kat atas tuh ye:)

wslam..slam sayang dr aten:)



Saturday, June 18, 2011

selamat hari bapa....ABAH:)

Assalamualaikum towards all readers!:)

aten nk ucapkan selamat hari bapa kat abah tersayang

EN.MOHD SALLEH BIN YAACOB

time kaseh abah atas segala kasih sayang yang abah bagi kat kami adik beradik

ape yang abh da buat memg x kan terbalas...tapi insyaALLAH ,..kami akan buat sehabis baiknya jage abah n emak

...doakan kami jadi ank yang SOLEH DAN SOLEHAH...

SYANG ABAH SGT2!MUAH:)

WSLAM...WBT



Wednesday, June 15, 2011

Lucky Draw by Norliza989:)

assalamualaikum semue^_^

aten telah di tag oleh CIK LANA...yang merupekan pemilik belog 


untuk join lucky draw yang dianjurkan oleh PN.NORLIZA...TQ YE:)


untuk pertama kalinye aten join lucky draw...x tawla bertuah ke x..hihih

aten nak tag




kalu kmu semue berminat jon terjah belog PN.NORLIZA taw untuk mklumat selanjutnye:)

PICIT JA BANNER DI ATAS

wslam