About Me

CAHAYACINTARABBI... tempat merepek... juga perkongsian harap yang bermanfaat tuh leh di sebar2kan ye:)

Followers

Thursday, December 22, 2011

Sabar~:)

3 jenis sabar:)




sabar menjalani perintah Allah

sabar dalam menjauhi maksiat

sabar dalam menjalani ibadah




Salam Jumaat:)penghulu segala hari:)

Sunday, December 11, 2011

dari sahabat di fb:)

Jom tengok tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan (dalam hatimu) :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. 
Ya Allah, jauhkanlah kami dari sifat buruk sangka... aminn ^_^


kredit pada Fatin Hasanah:)

Resepi kek pisang @ banana cake:)



assalamualaikum n selamat malam semue:)
arini aten nk bagi kat semue resipi yang baru je kami cube,,
sj nk berkongsi..mane taw ade yng berminat:)


iaitu kek pisang a.k.a banana cake:)








bahan2/ingredients:)


part A:

4 biji pisang berangan kalu kecik guna 5 biji
secawn minyak masak/minyak jagung

(kisarkan bersama gune mesin cili pun boleh..dan tuang kedalam bekas kosong)


part B:

3/4 biji telur(besar guna 3..kalu kecik gune 4)
3/4 cwn gule pasir
1 sudu makan ovelette

(kisar kan sehingge kembang)


part c:

2 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 penutup esen vanila


cara-cara:

kisarkan bahan di part B sehingge kembang
kemudian masukkan hasil kisaran part A
kacau pelan2 hingge sebati
masukkan bahan dari part c sket demi sedikit
dan akhir sekali esen vanila


bakar dalam ketuhar dalam jangka mase 45-50minit,suhu lebih kurang 165 darjah celcius..gune api bawah

kalu rase cam x msk agy tambah minit..agak2la ye:)



TIPS PENTING!:)

*PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN JENIS CWN YANG SAMA SEWAKTU MENYUKAT
*NAK TGK DA MASAK ATAU X..CUCUK TENGAH KEK DENGAN LIDI,KALU X MELEKAT..MEANS DA MASAK LA TUH:)
*RAJIN2 TENGOK KEK TU..JGN SAMPAI HANGUS SUDAH..HEHE
*SAPU LOYANG ANDA DENGAN MENTEGA SUPAYE X MELEKAT KEKNYE:)
*KALU NK KELAINAN BOLEH TABUR CHOCOLATE CHIPS ATAU BADAM HANCUR ATAS KEK ANDA:)


SELAMAT MENCUBE!!!:)


Monday, December 5, 2011

dari FB

KadangkaLa kita senyum sekadar utk menutup Luka dihati dan kadangkaLa kita ketawa hanya utk mgubati kesedihan dLm diri . AdakaLanya kita meLangkah dgn penuh yakin sedangkan perasaan gOyah menunggu rebah . BiLa menangis xdek siapa yg tahu . Semuanya demi maruah diri . WaLau siapapun kita , dimana kita berada , Langit tetap dijunjung , tanah tetap dipijak . . SeLagi kita hidup , Langkah mesti diteruskan . . Jangann sesekaLi kesaL dgn nasib diri kerana kita adaLah sebahagian dari makhLuk ALLah yg sedang di uji OLeh-NYA ! (:

Saturday, December 3, 2011

NOTA BUATMU~

NOTA BUATMU~~

Bismillahirrahmanirrahim..

Kepada kamu yang tidak aku ketahui siapa;

Aku tidak tahu siapa dan di mana kamu. Semuanya ku serahkan kepada DIA. Berjuta kemaafan atas segala salah dan silap sepanjang sebelum kita dipertemukan. Sebuah cinta yang aku miliki hanyalah milik DIA. Sekeping hati yang memiliki rindu hanya aku berani merindui DIA. Kamu tahu, hati perempuan itu rapuh. Sangat rapuh. Sekejap, dia rasa dia ingin dicintai. Sekejap lagi, dia rasa ingin mencintai. Tak kan mungkin aku ingin merasai kecewa. Maka, aku serahkan kepada DIA biar DIA sahaja yang selayaknya ku cintai. Aku tidak meletakkan syarat yang susah untuk kamu memenangi hatiku satu masa nanti. Cukup bagiku, jika kamu punya iman. Maaf jika aku sedikit demand, bukan harta kamu yang membahagiakan aku, bukan ketampanan wajahmu yang menggoyahkan perasaanku, apatah lagi keturunanmu yang membuatku senang. Aku cuma inginkan yang terbaik demi masa depan kita. Moga kau dan aku sedang mempersiapkan diri. Mungkin sebentar sahaja lagi kita akan bertemu atau mungkin lambat lagi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Wassalam..=D
-hamba Allah-