About Me

CAHAYACINTARABBI... tempat merepek... juga perkongsian harap yang bermanfaat tuh leh di sebar2kan ye:)

Followers

Sunday, January 31, 2010

Pisang BUSUK……..

Mesti kowang terfikir ape yang berlindung di sebalik cite pisang busuk ni….
Mungkin sudah ramai mengetahui kisahnye
Sekadar peringatan dan perkongsian bersama…
Al-kisah…
Di dalam sebuah bilik darjah…..
“Hari ini cikgu nak buat satu permintaan kepada kamu semua…boleh?
“Cikgu mahu kamu semua membawa sebiji pisang pada masa pelajaran kite akan datang.
“Pastikan setiap seorang membawanya dan apabila cikgu minta baru kamu keluarkan”,kata cikgu Ani.
Murid-murid mengikut apa yang diarahkan cikgu Ani. Sudah masuk hampir 2 minggu cikgu Ani tidak meminta pisang yang disuruh beliau.Seorang pelajar bangkit untuk bertanya,”Cikgu kenapa cikgu tak minta pisang yang cikgu suruh bawa dulu?Sudah busuk pisang saya cikgu.Cikgu Ani tersenyum,”Murid-murid apa yang kamu dapat?Murid-murid pun menjawab mereka mendapat beg yang busuk kerana sudah berhari-hari mereka simpan pisang tersebut di dalam beg masing-masing menyebabkan pisang itu busuk dan rosak.
Apa yang ingin dikaitkan dengan cerita di atas adalah bagaimana hati seseorang yang menyimpan dendam dan perasaan benci terhadap orang lain.Begitulah perumpamaan yang ingin di kaitkan dengan hati mereka seperti pisang busuk tadi. Kesimpulan yang ingin disimpulkan disini adalah, sebagai mahluk Allah Taala kita seharusnya saling memaafkan antara satu sama lain. Setiap orang pasti akan melakukan kesalahan sama ada secara sedar atau luar sedar. Tidak salah untuk kita memaafkan dan meminta maaf daripada orang lain.Tiada apa yang ingin dikejarkan di dunia ini melainkan KEREDHAAN ALLAH TAALA.(^_^)


No comments:

Post a Comment