About Me

CAHAYACINTARABBI... tempat merepek... juga perkongsian harap yang bermanfaat tuh leh di sebar2kan ye:)

Followers

Wednesday, February 24, 2010

Apakah batasan aurat wanita?

Dalam Mazhab Imam Syafie yang digunapakai diMalaysia dan merata dunia aurat bagi seseorang perempuan ketika waktubiasa ialah seluruhtubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya sahaja berdasarkanfirman Allah s.w.t.dalam surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada wanita-wanitayang beriman supaya menahan(i) mata mereka (dari memandang yang haram)(ii) dan memelihara anggota-anggota kelaminmereka,(iii) dan janganlah mereka memperlihatkanperhiasan (tubuh) mereka melainkan mana-mana bahagian yang ternampakdarinya sahaja (mukadan kedua tangan sahaja),(iv) dan hendaklah mereka menutupbelahan leher baju mereka dengan kain kelubung (kain tudung/jilbab)mereka,(v) dan janganlah mereka memperlihatkanperhiasan (tubuh) mereka melainkan kepada:(i) suami mereka(ii) atau bapa mereka(iii) atau bapa mertua mereka(iv) atau anak-anak mereka(v) atau anak-anak tiri mereka(vi) atau saudara-saudara mereka(vii) atau anak-anak kepada saudara-saudaralelaki mereka(viii) atau anak-anak kepada saudara-saudaraperempuan mereka(ix) atau perempuan-perempuan Islam sesamamereka(x) atau hamba-hamba yang dimiliki mereka(xi) atau pembantu rumah lelaki yang tidakmempunyai keinginan(xii) atau kanak-kanak yang belum mengertitentang aurat perempuan,(vi) dan janganlah mereka menghentakkan kakimereka (dengan tujuan) supaya diketahui orang perhiasan yangdisembunyikan mereka,(vii) dan hendaklah kamu sekalian bertaubatkepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu mendapatkejayaan."

(2) Apakah aurat adik-beradik ipar dikiraaurat?Dikira aurat juga kerana ia tidak tersenaraidalam kategori di atas. Malah dalam satu hadith riwayat al-Baihaqi danAbu Dauddiceritakan daripada Aisyah r.a. bahawa Baginda bersabda kepada Asma'binti Abu Bakar(adik Aisyah dan merupakan adik ipar kepada Baginda ketika Asma'mula-mula baligh):" Wahai Asma', sesungguhnya wanita itu apabila sudah baligh (keluarhaid) makatidak wajar lagi dia memperlihatkan dirinya (aurat) melainkan ini(muka) dan ini (keduatapak tangan)".(3) Bagaimana pula dengan bapa saudara, anaksaudara dan anak tiri?Ayat di atas adalah terlalu umum maka paraulama' memperincikannya supaya umat Islam terutamanya orang awam tidakterkelirudalam hal ini:(a) Dr. Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya"Fatawa Mu'asoroh" (Fatwa Semasa) telah menyebut bahawa sekiranyaseseorangwanita itu menjadi kesukaran dan kesulitan baginya untuk menutup auratapabila berhadapandengan bapa saudaranya atau anak saudaranya yang lelaki misalnyaketika membasuh pingganmangkuk dengan terpaksa membuka aurat lengannya, atau menyusahkanuntuk memakai stokinsetiap masa atau bertudung setiap masa dalam rumah maka tidak menjadihalangan untuknyamembuka aurat yang ringan-ringan sahaja seperti leher, rambut, lengandan betis. Auratyang lain tidak dibenarkan sama sekali. Itupun dengan sebab KESUKARANdan KESULITAN.TETAPIApabila bapa saudara atau anak saudaralelaki sebaya atau hampir baya dengannya maka haram dia membuka auratwalaupun aurattersebut ringan (seperti yang disebut di atas) kerana mengelakkan FITNAH.Begitu juga hukumnya dengan anak tirisebagaimana yang disebut oleh Imam al-Qurtubi dan lain-lain ulamakIslam.

Iaitu apabilawanita berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah mempunyai anaklelaki yang sebaya atauhampir sebaya dengan wanita tersebut maka hukumnya haram membuka auratuntuk mengelakkan FITNAH.Dalam masalah yang sama wajib bagi wanitamenutup aurat apabila bapa saudaranya datang bertamu dengan membawaanak-anaknya yangsudah baligh kerana anak-anaknya itu dikira sepupu yang sudah menjadiAJNABI (orangasing) dengan wanita tersebut.(
g sudah hilang malu depanorang lain untukmenguruskan dirinya?Anda boleh merujuk kepada Surah al-Nur ayat60 yang bermaksud:"Dan perempuan-perempuan tua yang sudahputus haid dan tidak mengharapkan untuk berkahwin lagi (tiada nafsukahwin) tiadalahmereka berdosa membuka pakaiannya dengan tidak berhias namunmemelihara kehormatan adalahlebih baik baginya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".Imam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya"Fatawa al-Nisa'" memperincikan bahawa ayat tersebut merupakan(rukhsah) keringanankepada perempuan-perempuan tua yang berpangkat nenek yang sudah tidakkisah tentanghidupnya dan tidak ada nafsu untuk bernikah maka bolehlah mereka tidakmenutup auratseperti biasa. Dia diberi keringanan untuk tidak memakai jilbab danmenutup aurat. Begitujuga hukumnya dengan lelaki yang sudah tua.(5) Apakah batasan aurat perempuan muslimahdi hadapan perempuan kafir?Mengikut Jumhur Ulama' (Ulama'dalam Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie) seperti yang dinukilkan dalamkitab al-Fiqhal-Islami Wa Adillatuhu Jld 1 batasan aurat perempuan muslimah dihadapan wanita kafirialah seluruh tubuhnya kecuali yang terdedah ketika melakukanpekerjaan harian.(6) Apakah suara perempuan itu aurat?Suara perempuan menurut pendapat JumhurUlama' (ramai ulama') tidak dikira sebagai aurat kerana para sahabatmendengarsuara isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w untuk mempelajari hukum-hukumagama.

Tetapi diharamkanmendengar suaranya yang berbentuk lagu dan irama sekalipun bacaanal-Quran keranadikhuatiri akan menimbulkan fitnah. Hal ini boleh dirujuk dalam Kitabal-Fiqh al-Islami WaAdillatuhu Jld 1.Oleh itu boleh dibuat kesimpulan bahawa:(i) suara perempuan menjadi aurat apabilaianya dilagukan samada dengan nyanyian atau sekalipun bacaan al-Qurandi hadapan lelakiyang ajnabi.(ii) Suara perempuan menjadi aurat apabilaianya bernada menggoda dan terlalu lemah lembut (sehingga mencairkanhati lelaki)berdasarkan firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud:"Wahai isteri-isteri Nabi, kalianbukanlah sama dengan wanita-wanita yang lain, jika kalian bertaqwakepada Allah. Makajanganlah kalian terlalu lemah lembut (mengucapkan) perkataan, nantiorang-orang (lelaki)yang ada di dalam hati mereka penyakit (orang munafik) akan menaruhkeinginan kepadakalian dan katakanlah perkataan yang baik (dalam keadaan biasa)."(7) Bagaimana pula dengan hukum berhias danbersolek dan apakah yang dikatakan "Tabarruj Jahiliyyah"?Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 33yang bermaksud:"Dan (wahai isteri-isteri Nabi)tinggallah kamu dalam rumah-rumah kamu dan janganlah kamu mendedahkandiri berhias denganperhiasan jahiliyyah dahulu..".Imam Abul A'la al-Maududi dalammentafsirkan perhiasan jahiliyyah dalam ayat tersebut telahmemperincikannya iaitu,perhiasan ala jahiliyyah ialah:(i) Mendedahkan kepada lelaki ajnabikecantikan mukanya dan daya tarikan tubuh badannya:(a) termasuklah dengan solekan/make-up yangberlebihan sehingga menjadi fitnah kepada kaum lelaki, mencukur bulukening, mewarnakanrambut dengan pewarna untuk dipertontonkan kepada orang ramai bukanuntuk suaminya,memakai rambut palsu, mewarnakan kuku dan yang seumpama dengannya.(b) termasuklah memakai pakaian yang ketat,belah sana-sini, seksi dan terlalu nipis.(ii) Mendedahkan kecantikan pakaian danperhiasannya serta haruman yang dipakainya.(a) termasuklah memakai pakaian yang"agak mengancam" sememangnya untuk menarik perhatian terutamanya kaumlelaki.(b) termasuklah menunjukkan perhiasannya(dengan niat yang tidak baik) seperti memakai loceng kaki kerana dalamsepotong ayatal-Quran dinyatakan: "Dan janganlah mereka (sengaja)menghentak-hentakkan kaki-kakimereka supaya diketahui apa yang mereka selindungkan daripadaperhiasan mereka".(c) termasuklah memakai minyak-minyak wangiyang harum juga dilarang keras kepada wanita kerana ia merupakanfaktor yang boleh menarikperhatian lelaki yang ajnabi.

Malah Baginda Rasulullah pernahmembandingkan wanita yangmemakai minyak wangi yang harum di luar rumah sama seperti parapelacur sebagaimanahadithnya: "Sesungguhnya wanita itu apabila ia memakai minyak wangiyang harumkemudian melalui depan orang ramai supaya mereka menghidu keharumannyaitu maka wanitatersebut adalah pelacur".(iii) Lenggang-lenggok semasa berjalan.Islam tidak melarang itu semua sekiranyaianya dilakukan di hadapan suaminya dalam rumahnya sahaja.( Apakah faktor mendedahkan aurat jugaadalah penyebab kaum wanita ramai mendiami neraka?Salah satu faktornya ialah pendedahan aurat.Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menyebut:"Wahai perempuan-perempuan,bersedeqahlah kamu kerana sesungguhnya aku telah melihat kebanyakanahli neraka adalahgolongan kamu semua (semasa peristiwa Isra' dan Mi'raj)."Malah wanita juga merupakan senjata kepadasyaitan dalam melemahkan kekuatan iman umat ini berdasarkan hadithNabi riwayat al-Tarmiziiaitu:"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat(sesuatu yang perlu dipelihara dan dijaga dengan baik) keseluruhannya.

Apabila ia keluar(daripada tempat kediamannya) maka para syaitan akan memuliakannya(mengiringinya danmempergunakannya untuk menyesat manusia lain)."(9) Apa pandangan Islam mengenai wanita yangmemakai pakaian tetapi masih juga mendedahkan aurat?Islam mengkategorikan wanita yang memakaipakaian tetapi masih belum sempurna menutup auratnya sebagai wanitayang berpakaian tetapibertelanjang. Ini jelas daripada hadith Nabi riwayat Muslim iaitu:"(Ahli nerakaantaranya terdiri daripada) wanita-wanita yang berpakaian tetapibertelanjang".(10) Mengapa masih ramai wanita muslimahyang mendedahkan aurat?(i) Kelemahan iman dalam menerima danmenghayati ajaran Islam sepenuhnya.(ii) Jahil terhadap suruhan dan laranganagama.(iii) Kedegilan dan keras kepala dalammematuhi ajaran agama.(iv) Permainan media yang mempamerkan fesyenyang haram.(v) Perangai suka meniru yang tidak baikterutamanya daripada Barat.vi) Kelemahan kerajaan yang ada dalam melaksanakan tuntutanIslam.


No comments:

Post a Comment